(Video) Cikgu Meninggal Ketika Buat Persembahan Hari Guru

Seorang guru menghembuskan nafas terakhir ketika sedang membuat persembahan sempena sambutan Hari Guru petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, guru SMK Karak rebah di hadapan pelajar sebaik sahaja selesai menyampaikan lagu sempena sambutan tersebut.

Guru itu kemudiannya dibawa ke klinik sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Video detik-detik akhir guru berkenaan viral di laman sosial sejak petang tadi.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih atas pemergian guru berkenaan. Difahamkan guru itu baru sahaja kehilangan isteri tercinta dua bulan yang lalu.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Post a Comment

 
Top