Rakan-rakan artis hari ini 'berkumpul' di instagram Hafidz Roshdi, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, bagi menyelar tindakan pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen tidak 'enak' kepada pasangan pengantin itu.



Di gambar terbaharu yang dimuat naik oleh Hafidz, dilihat beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan mengkritik beberapa pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen yang tidak sopan di ruangan komen.

Tindakan rakan-rakan artis Hafidz Roshdi ini mendapat pujian dari orang ramai yang juga turut mengkritik tindakan pelayar terbabit yang disifatkan melampau.

Apa pun, kami ucapkan selamat pengantin baru buat Hafidz dan pasangan dan jangan endahkan komen-komen negatif yang dilemparkan





Post a Comment

 
Top