Kes dera adik Nur Zuliana Zaara, Ibu kandung dakwa dihalang berjumpa Nur Zuliana oleh bekas suami. – Foto NSTKota Bharu: Seorang lagi individu ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kes dera membabitkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan suspek adalah bapa saudara mangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan itu kerana siasatan sedang dijalankan.

“Saya sahkan penangkapan bapa saudara mangsa untuk membantu siasatan,” katanya.
Baca: Tak lojik suspek tuduh saya dera anak setahun tak jumpam kata ibu Yaya.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan reman suami isteri iaitu ibu tiri dan bapa kandung mangsa dera yang berakhir hari ini dilanjutkan tiga hari lagi untuk siasatan menyeluruh.

Harian Metro baru-baru ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang.

Mangsa bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang. – myMetro

Post a Comment

 
Top