Hampir 500 orang berkumpul telah datang bagi menuntut hak budak Melayu yang telah dipukul semalam.

Keadaan dilihat sangat tegang dan semua yang hadir disini berada dalam keadaan menjerit-jerit. Rata - rata yang hadir adalah anak jati KL dari Kg Bharu, Kg Pandan dan sekitar kawasan Dato Keramat.

Plaza Lowyat terpaksa ditutup awal kerana rempuhan dan rusuhan yang telah dilakukan terhadap shop lot kedai yang berada didalam plaza itu. Orang Melayu dari Selangor juga dikatakan sedang dalam perjalanan.

PS: Dah lama dah orang yang meniaga kat Low Yat tu menipu pelanggan dengan menjual barang tiruan. Tapi selama ni takde orang pun yang berani ambik tindakan!!!



Satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan tujuh individu pada jam 7.50 malam Sabtu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan.

Sebuah kedai telefon bimbit di Plaza berkenaan telah mengalami kerosakan akibat daripada pergaduhan tersebut.

Menurut sumber polis, suspek telah memecahkan peralatan dalam kedai itu dan memukul pekerja kedai tersebut.

Selain itu, katanya kerugian dianggarkan lebih RM 70,000.

“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.” katanya memetik Harian Metro.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.










Post a Comment

 
Top