Gengster 4 Sekolah Gaduh Besar Gara Gara Apam Balik|Dua kumpulan pelajar gengster dari empat buah sekolah bergaduh besar menggunakan pelbagai jenis senjata seperti besi, kayu hoki, kayu besbol dan topi keledar di kawasan perumahan Jalan Wangsa Melawati 4, Wangsa Melawati di sini kelmarin dipercayai gara-gara berebut teman wanita.
Dalam kejadian melibatkan lebih 20 orang pelajar kira-kira pukul 1.45 petang itu, dua pelajar lelaki tingkatan empat dari salah sebuah sekolah berlumuran darah apabila di­belasah selepas tamat sesi persekolahan kira-kira enam kilo­meter dari sekolah mangsa.

Difahamkan mangsa pertama menerima 10 jahitan pada kepala, manakala seorang lagi mang­sa menerima tujuh jahitan juga pada bahagian kepala.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang sedang menaiki motosikal di kawasan perumahan itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diserang kumpulan pelajar yang menaiki lapan buah motosikal.

“Kumpulan terbabit secara tiba-tiba mengejar dua mangsa itu sebelum memukul mereka secara bertalu-talu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ujar sumber itu, polis berjaya menahan 12 daripada lebih 20 pelajar yang terlibat selepas menerima laporan daripada penduduk.

Tags: #Gengster 4 Sekolah Gaduh Besar Gara Gara Apam Balik

Post a Comment

 
Top