Jenazah Nuri Nadirah Ruslan, 7, yang meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff di sini, 9.45 pagi tadi.









Majlis pengebumiannya dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung.
Ibu arwah, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, ketika ditemui bersyukur kerana majlis itu selesai dengan baik selepas tertangguh malam tadi.

"Alhamdulillah segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar.

"Saya mohon supaya tiada lagi pihak menyebar maklumat palsu yang boleh mengaibkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui.

Semalam, kecoh di laman sosial mendakwa mayat Nuri Nadirah hidup semula selepas tangannya dikatakan bergerak.

Berikutan itu, urusan pengebumian jenazah anak sulung daripada dua beradik itu ditangguhkan pagi ini.

Post a Comment

 
Top