Klang: Punca kematian wanita yang mayatnya ditemui di dalam beg pakaian di Jalan Belimbing, Kampung Bukit Kapar, Meru, pagi semalam adalah akibat dijerut pada lehernya.

Sumber polis berkata, kesan jerutan ditemui pada leher mangsa selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, hari ini.







Katanya, polis juga sukar mengesan cap jari mangsa kerana keadaan fizikalnya yang sudah reput sekali gus belum dapat mengenal pasti identitinya.

"Mangsa ditemui dimasukkan ke dalam beg berkenaan dengan lengkap berpakai baju T dan berseluar panjang hitam.

"Polis juga menemui sehelai selendang bermanik yang dipercayai digunakan suspek untuk menjerut mangsa sehingga mati," katanya.

Semalam, mayat wanita dewasa disumbat ke dalam beg pakaian ditemui penduduk kampung kira-kira 10.30 pagi.

Post a Comment

 
Top