Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Atikah Surida
 
Korang pernah tengok pasangan pengantin yang rupanya jauh lagi muda daripada usia sebenar? Malah, ada yang mempersoal umur sebenar mereka. Media sosial Facebook hari ini viral dengan foto pasangan pengantin dari Sg Petani, kedah yang dikatakan pasangan paling muda pernah dilihat.


 
Dikhabarkan, pengantin lelaki baru sahaja berusia 20 tahun, manakala pengantin perempuan pula berusia 19 tahun. Bukan soal umur dipersoalkan, ramai netizen tidak percaya akan usia mereka setelah melihat gambar pasangan pengantin terutamanya pengantin lelaki. Bahkan, usia 20 tahun dikatakan terlalu tua bagi pengantin lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, seperti biasa pasti ada yang meninggalkan komen berbaur kritikan atau pun sindiran.
 


Menurut kakak kepada pengantin lelaki ini, Atikah Surida, adiknya mengalami penyakit Thalasemia Major. Penyakit ini akan menyebabkan tumbesaran terbantut. Jadi wajarlah kenapa lelaki tersebut kelihatan jauh lebih muda daripada usia, ya tak? Jadi korang, sebelum  mengkritik atau menyindir seseorang itu, biarlah berpada-pada, jangan cepat membuat tanggapan sendiri okay! Barakallah buat pasangan ini ! 

Post a Comment

 
Top